Wednesday 20 July 2011

cerpen..? kasik roll k

Tersengih aku menjawab pertanyaannya tadi. Berlagak mesralah katakan.
“jauh termenung tadi. Dua kali saya tegur,tak jawab pun. Dah tu,muka saya pun tak nak pandang.” E.eh..sejak bila pandai menggatal ha. Alffy bertanya sendiri.
Ternyata dugaan ku tadi benar belaka. Haha dua kali tegurannya untuk diri ku. Tergagap juga sewaktu hendak membalas ayatnya itu.
“yeke,hemp.. maaflah. Terlalu khusyuk menulis tadi.” Setelah menutup buku koleksi kata indah milik peribadi ku,aku berpaling dan alangkah terpakunya pandanganku sewaktu melihat betapa indahnya makhluk ciptaan tuhan yang satu ini. Jantung ku bagai berguguran dan ingin berlari lagaknya. Terpana mata ku yang berwarna coklat cerah ini yang sememangnya asset bagi diriku. Aduh..terasa lembik tubuh badan ku. Kaki ku tidak bergerak walau seinci pun, darahku seolah-olah terhenti mengalir. Mungkin sesak dek perasaan yang bercampur ini. Bak kata seorang rakanku, Quratul Aufie “jadi rojak sudah, bercampur-campur. Rencah secukup rasa. Hingga menjilat ibu jari kaki wuo..! “ keletahnya sering menghiburku. Tenang fikiran sewaktu bersamanya.
“hello girl..! kenapa pandang saya begitu? Awak buat bulu roma saya terasa hendak menari hip-hop pulak...buatnya saya jatuh cinta pada awak macam mana? Kata orang..’dari mata turun ke hati’. Sekarang da turun taw. Ayok..tak taw..” hahaha manilai juga tawa ku. Seronok dapat mengenakan gadis yang agak blur tetapi tetap comel ini.
Cepat-cepat aku memalingkan wajah dan menunduk. Pipi ku terasa panas dek menahan rasa malu dan geram. Argh..kenapalah dengan ku hari ini. Mamat yang seorang ni pulak asyik hendak kenakan ku sahaja.
“hebatnya saya sebab dapat menawan hati awak dengan mudah dan dalam waktu nan singkat. Dan saya pasti begini mudah juga untuk awak melepaskannya suatu saat nanti. Tidak begitu?” hah..ambik,nak kenakan aku sangat ea. Ingat aku tak pandai melawan ke. Malu-malu juga. Tapi,argh..apa aku peduli. Adaku kisah? Haha puas hatiku.
                                                                                                          bersambung...!

No comments:

Post a Comment