Wednesday 20 July 2011

cerpen..? kasik roll je k

BAB 1
  5 Januari 2010,
‘assalamualaikum..sambut lah salam ku wahai diary. Hemp,sebelum tu, beribu-ribu maaf ingin aq lafaz kan khusus tok mu my love. Setelah hampir seminggu jua tiada khabar dan berita tentang diri ini. semestinya kau merindui akan coretan ku dan amat tertanya-tanya akan cerita yang ingin aq coret kan kali ini bukan.’ Beginilah rutin diri ku hampir setiap hari. Tapi, awal tahun begini telah membataskan banyak perkara. Termasuklah menulis diari yang merupakan hobi malah merupakan minat ku kerana ianya berhubung rapat dengan penulisan. Pernah suatu ketika dahulu, aku di panggil ‘minah jiwang’ hanya kerana minat ku yang amat mendalam iaitu menulis kata-kata yang indah. Hendak di katakan puisi, tidak. Pantun juga tidak. Syair pula bak kata pepatah ‘jauh panggang dari api’..
“hai,boleh saya duduk” Tanya seorang budak lelaki.
Aku yang sedang asyik menulis terkejut bukan kepalang lagi. Maklumlah..awal masuk persekolahan begini memang amat membosankan. Justeru,aku mengambil kesempatan untuk menulis. Buku teks juga belum di edarkan. Kekadang guru sendiri kehabisan idea untuk mengisi masa nan lapang sewaktu P.M.P. Bagi ku ini perkara biasa kerana di sekolah lama ku juga berlaku perkara yang sama.
“hai,boleh saya duduk?” bertanya buat kali kedua bersama muka pelik menanti jawapan dariku.
Sungguh, terasa ingin ku seret wajah bengang ini di jalanan. Biarlah tidak kelihatan hatta sedikit pun wajah bengang ku tadi. Hah,malunya aku. Mengapalah jauh sangat menung ku tadi.
“eh..hai. duduklah. Kerusi ni bukan ayah saya yang punya. Jadi,awak bebas untuk duduk tanpa kebenaran saya. Kecuali jika tertulis nama yang berbin dan berbintikan Izz Wazin” amboi..panjang jawapan kau ye. Nak tutup malu ke. Hati ku sempat berkata-kata.

No comments:

Post a Comment